Akademi Fantasia (Musim 5) Mila_Jirin

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Ebi, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.

Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)


Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

KonsertTugasan LaguPenyanyi Asal#
Minggu 1"Bersamamu"Siti Sarah13
Minggu 2"Gotta Tell You"Samantha Mumba13
Minggu 3"Melukut Di Tepi Gantang"Aishah13
Minggu 4 "Benci Tapi Rindu"Diana Nasution10
Minggu 5"Puncak Kasih"Ziana Zain6
Minggu 6"Drama"Ning Baizura, Nikki & Yanie3
Minggu 7"Dondang Dendang"Noraniza Idris2
Minggu 8"Aku Takkan Bersuara"Nike Ardilla2
Minggu 9"Pudar"Rossa1
"My Heart"

(duet bersama Ebi)

Irwansyah & Acha Septriasa
Minggu Akhir"Cinta Pura-pura"EzlynnJuara
"Persis Mutiara"Mila